Permulaan tahun 2020 merupakan sejarah hitam buat negara Malaysia apabila kita turut terpalit dan diserang dengan wabak COVID-19. Penyakit kritikal bawaan wabak ini hangat diperkatakan di seluruh dunia apabila ia mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember pada tahun lalu.
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaharu yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).
Serangan wabak ini menjadi semakin teruk dan merisaukan seluruh dunia apabila terdapat beribu kematian telah dicatatkan. Tidak kurang di negara kita, akibat dua kematian warga tempatan pada gelombang kedua COVID-19 pada 17 MAC lalu, kerjaan telah mengishtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula 18 Mac sehinggan 31 Mac lalu bagi membendung wabak ini dari terus merebak . Namun PKP telah disambung beberapa fasa sehingga catatan kes kembali turun.
Hal ini kerana, cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada individu yang lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Seseorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1meter (3 kaki) dari orang yang sakit.
Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil langkah-langkah pencegahan agar virus ini tidak merebak dan seterusnya bermaharajalela di negara kita. Jangan bersikap pentingkan diri kerana akan memudaratkan ramai pihak.
Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.
Pertama: Lakukan Saringan
Jika anda mempunyai simptom-simpton dan mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit COVID-19, sila serah diri di mana-mana hospital yang menyediakan saringan COVID-19. Jangan takut dan berdiam diri kerana akan memudaratkan diri anda sendiri dan orang di sekeliling.
Kedua: Kuarantin diri
Sekiranya anda baru pulang dari luar negara terutamanya dari negara-negara zon merah, sila kuarantin diri anda di pusat kuarantin yang disarankan. Kuarantin akan dijalankan dalam masa 14 hari secara berturut-turut.
Sila laporkan kesihatan diri anda kepada pegawai kesihatan bertugas yang menjaga anda sepanjang tempoh kuarantin sekiranya mengalami gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.
Ketiga: Memakai pelitup muka
Pakailah pelitup muka apabila keluar rumah .Terutamanya di tempat-tempat awam. Jangan menggunakan pelitup muka berulang kali. Sebaiknya tukar dengan kerap untuk sekali penggunaan sahaja. Pilih pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan yang berkualiti supaya lebih berkesan. Jangan membuka pelitup muka jika batuk atau bersin kerana ia boleh menjangkiti orang lain.
Keempat: Kekal berada di dalam rumah ‘Stay at Home’
Kekal berada di rumah jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting dan kecemasan. Elakkan melawat tempat-tempat hiburan yang ramai orang pada masa ini. Dengan kekal berada di rumah boleh mengelakkan kita terdedah dengan jangkitan virus. Luangkanlah masa bersama-sama keluarga di rumah.
Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah
Utamakan kebersihan diri seperti kerap mandi apabila pulang ke rumah. Selain itu, amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. Disinfeksi Kawasan rumah juga amat digalakkan untuk membasmi virus. Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.
Tambahan lagi, makanlah makanan yang berkhasiat sepanjang berada di rumah atau di luar untuk meningkatkan tahap imunisasi badan anda. Lakukan juga senaman ringkas dan lakukan aktiviti berfaedah.
Keenam: Jaga jarak 1 meter
Sekiranya anda perlu keluar rumah atas urusan-urusan membeli barang keperluan ,pergi tempat kerja, atau urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak sebanyak 1 meter supaya tidak terdedah dengan virus atau untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
Tag: Farmasi Bandar Seri Putra