Jom Stop Merokok!

Tahukah anda bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok adalah 2 kali ganda lebih banyak nikotin, 5 kali ganda banyak karbon monoksida 3 kali ganda lebih banyak tar dan paling menakutkan ada 50 kali lebih banyak bahan kimia yang sangat berbahaya untuk kesihatan.

Apa yang paling menakutkan sekali, bukan sahaja perokok yang menerima kesan daripada aktiviti tidak sihat ini , tetapi kanak- kanak atau anak anda sendiri boleh dikategorikan sebagai perokok pasif. Hal ini terjadi kerana, kanak- kanak yang tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya asap rokok tidak peduli dengan persekitaran udara yang disedut. Oleh itu, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan seperti batuk, asma, masalah paru- paru dan telinga.

Namun begitu ada beberapa lagi masalah kronik yang ditakuti boleh terjadi jika terdedah dengan asap rokok mahupun sebagai perokok tegar.

  • Gangguan terhadap kesuburan lelaki
  • Mengakibatkan strok (saluran darah tersumbat)
  • Meningkatkan risiko serangan jantung
  • Risiko mendapat kanser paru-paru
  • Mempercepatkan proses penuan (berkedut dan kulit kusam)
  • Mengurangkan jumlah air liur (mulut berbau dan gigi menjadi kuning)

Namun, sebagai langkah awal untuk berhenti merokok, terdapat beberapa pilihan dan cara yang boleh diambil oleh perokok. Antaranya :

TERAPI GANTIAN NIKOTIN

Salah satu rawatan untukberhenti merokok adalah melaluiterapi gantian nikotin atau dikenali juga sebagai Nicotine Replacement Therapy (NRT). Menurut kajian Cochrane pada tahun2008, NRT mampu meningkatkan kadar berhenti merokok sebanyak 50% hingga 70%.

Bagaimana NRT berfungsi dalam rawatan berhenti merokok?

NRT bertindakmembekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan yang mungkin berlakusemasa berhenti merokok.

Apakah jenis NRT yang ada di pasaran?

Produk NRT boleh diperolehi dalam beberapa bentuk dan kekuatan untuk menyesuaikan keperluandan tahap kerbergantungan terhadap nikotin dalam kalangan perokok Berikut adalah 5 jenis produk NRT yang terdapat di pasaran:

  1. Gum nikotin
  2. Inhaler nikotin
  3. Lozenge nikotin
  4. Semburan hidung nikotin (nasal spray)*
  5. Patch nikotin

Untuk mengetahu cara pengambilan NRT dan dos yang disarankan, sila baca artikel di sini dengan lebih lanjut:
http://www.myhealth.gov.my/terapi-gantian-nikotin-nrt/

Tag: Farmasi Bandar Seri Putra

Featured Products

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Hello!

Login to your account

Hi,

selamat datang ke farmasi seri suria

Cart
  • No products in the cart.