Menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, seorang daripada lima individua tau kira-kira 3.9 juta orang yang berumur dalam lingkungan 18 tahun keatas menghidap penyakit diabetes. Setiap tahun, angka penghidap diabetes di negara kita kian bertambah sejak 2015.
Disebabkan hal yang demikian, hal ini amat merisaukan kerana rakyat Malaysia sangat berisiko untuk menghidapi penyakit ini jika tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Apa yang lagi membimbangkan, sebanyak 49 % daripada penghidap diabetes di Malaysia tidak pernah diperiksa dan didiagnosis menghidapinya.
Punca utama yang menyebabkan penyakit ini mudah menyerang individu sejak remaja ialah akibat cara pemakanan yang tidak sihat. Berdasarkan NHMS 2019, sejumlah 95% orang dewasa di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi dalam makanan mereka seharian. Tambahan lagi, dinyatakan menurut kajian, seorang daripada empat individu dewasa berumur 16 tahun ke atas didapati tidak aktif secara fizikal seperti tidak melakukan senaman dan sebagainya.
Akibatnya, setengah juta daripada rakyat di negara kita mengalami kemurungan akibat penyakit ini menurut dapatan NHMS 2019 . Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis mencatatkan angka tertinggi.
Oleh itu, jika anda mempunyai symptom-simptom seperti keletihan, sangat dahaga, sering membuang air kecil, sangat lapar, hilang berat badan, luka sembuh dengan perlahan dan penglihatan kabur dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan dengan segera. Hal ini kerana anda mungkin menghidap diabetes. Jadi dengan berjumpa doctor atau pakar kesihatan anda akan ketahui lebih awal sebelum menjadi lebih teruk dan tidak terkawal.
Namun begitu, jika anda tidak mempunyai symptom-simptom berkenaan, anda juga perlu diperiksa sekiranya mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan mempuyai faktor-faktor risiko daripada sejarah kesihatan keluarga yang menghidap diabetes, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi , pernah mengalami diabetes gestasi, mengambil ubat-ubatan tertentu atau tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.
Jika semua yang tertera di atas tidak melibatkan anda, anda masih patut diperiksa untuk diabetes setiap tahun jika anda berumur 30 tahun dan lebih. Jika anda tinggal jauh daripada hospital, anda boleh membuat pemeriksaan diabetes di farmasi.
HbA1c ialah ujian darah yang menunjukkan purata paras gula darah untuk jangka masa 3 bulan sebelumnya. Ujian ini tidak sesuai jika anda ada keadaan-keadaan tertentu yang boleh membuatkan ujian ini kurang tepat, seperti kehamilan, berumur kurang daripada 18 tahun, mengambil tambahan zat besi, atau mempunyai hemoglobin yang tidak biasa dijumpai. Bincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut .Boleh lawati Farmasi Seri Suria di mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan pemeriksaan gula dalam darah anda.
Tag: Farmasi Bandar Seri Putra